Monday, 9 October 2017

SHOOTING VIDEO RAYA SCIMPA

Pada 20/9/2017, saya telah ditugaskan untuk merekod video ucapan raya daripada staff SCIMPA. Saya mengunakan kamera dslr Canon 5D Mark III dan Tripod. Selain itu, saya juga menggunakan lighting broncolour untuk memastikan rakaman video tidak terjejas. Sebelum saya merekod video raya SCIMPA ini, saya telah meminjam kunci bilik green screen terlebih dahulu. Ini kerana kami menjalankan aktiviti rekod video raya ini di bilik green screen. Saya telah menyunting video raya SCIMPA ini menggunakan Adobe Premiere Pro dan After Effect. Sepanjang menyunting video, saya mengalami sedikit masalah. Tetapi, alhamdulillah berkat kesabaran saya berjaya menyunting video raya SCIMPA dengan jayanya.


Gambar ketika aktiviti shooting dijalankan





EDIT VIDEO RAYA SCIMPA

Selepas selesai rekod video raya SCIMPA saya telah menyunting video ucapan raya SCIMPA. Saya menyunting video menggunakan Adobe Premiere Pro. Saya juga menyunting video menggunakan Adobe After Effect. Saya menghadapi kesukaran dalam menyunting menggunakan Adobe After Effect. Ini kerana kesukaran untuk membuang green screen di bahagian belakang. Sepanjang saya menyunting pelbagai ragam dan kerenah yang telah saya hadapi sepanjang saya menyunting video tersebut. Tetapi dengan sifat sabar, saya telah pun menyiapkan video raya SCIMPA ini. Saya juga telah membuat overtime semata mata untuk menyiapkan video tersebut sebelum tarikh yang ditetapkan.



Video Raya SCIMPA 


Gambar Video Raya SCIMPA

DESIGN POSTER SELAMAT DATANG
 PROFESOR DR. MOHAMAD HATTA AZAD KHAN

Pada 5/7/2017, SCIMPA telah menerima seorang profesor baru dari ASWARA iaitu Profesor Dr. Mohamad Hatta Azad Khan. Sempena kemasukan beliau ke SCIMPA, saya telah ditugaskan untuk membuat poster selamat datang kepada beliau. Saya menggunakan Adobe Illustrator untuk menyiapkan tugasan poster tersebut. 

Pada mulanya, design saya akan diberi komen terlebih dahulu dari pihak SCIMPA dan saya akan memperbaiki design mengikut arahan yang diberi. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan kami akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan poster ini.


Poster Selamat Datang Profesor Dr. Mohamad Hatta Azad Khan


SEMBANG SEJARAH MUZIUM KEDAH

Pada 25/7/2017, SCIMPA telah menerima jemputan untuk ke ' Sembang Sejarah Muzium Kedah '. Jemputan ini adalah daripada pihak Muzium Negeri Kedah. Sembang Sejarah ini telah diadakan di Dewan Pameran Khas Muzium Negeri Kedah. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Saya dan beberapa kawan yang lain iaitu senior saya telah ditugaskan oleh Dr Juliana untuk merekodkan video ' Sembang Sejarah Muzium Kedah ' ini. 

Sebelum kami pergi ke Muzium Negeri Kedah, kami telah terlebih dahulu meminjam peralatan seperti kamera DSLR dan Tripod. Kami tidak mendapat kamera yang secukupnya dan hanya mendapat satu kamera sahaja. Sebaik sahaja kami tiba, kami mencari tempat yang sesuai untuk setup kamera. Susunan tempat duduk menyukarkan kami untuk setup kamera. Kami terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk setupkan kamera dan juga tripod. 

Poster Sembang Sejarah Muzium Kedah


Setupkan Kamera


Gambar ketika di Muzium Negeri Kedah



Selfie di Muzium Negeri Kedah


PEMBENTANGAN VIDEO DI SOC

Pada 8/8/2017, saya dan senior saya telah mengikut Encik Fitri ke SOC untuk membentangkan video korporat SOC di sana. Ini kerana SOC telah meminta SCIMPA untuk membuat video korporat kepada mereka. Sebaik sahaja kami sampai, kami telah menunggu dahulu ketibaan pihak SOC. Apabila pihak SOC sampai, kami telah terlebih dahulu memasang skrin projektor tetapi mempunyai masalah teknikal. Selepas semuanya okay, kami telah menayangkan video korporat kepada pihak SOC. 


Gambar ketika di SOC





EDIT VIDEO 1 TAHUN SCIMPA

Pada 9/8/2017, saya telah ditugaskan untuk menyunting video sambutan 1 tahun SCIMPA. Ini kerana sempena 1 tahun SCIMPA ditubuhkan. Tugasan ini telah diberikan oleh Dr Juliana Aida Binti Abu Bakar. Terlebih dahulu, kami mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai video 1 tahun SCIMPA ini. Saya menyunting video ini di Adobe Premiere Pro. Sebelum menyunting, saya mencari bahan-bahan sebagai rujukan untuk menyunting video ini. Sebelum melakukan aktiviti menyunting, saya menyusun terlebih dahulu video mengikut storyboard dan memotong bahagian yang tidak diperlukan. Sepanjang menyunting video, saya mengalami kesukaran untuk membuat pemilihan lagu background. Tanpa mengenal erti putus asa, saya mencari lagu yang sesuai di Youtube untuk diletakkan di video ini dan alhamdulillah video 1 tahun SCIMPA ini telah berjaya disiapkan. 




Video 1 Tahun SCIMPA

MEETING BERSAMA ZAFTRAD PRODUCTION

Pada 10/8/2017, SCIMPA telah menerima kunjungan dari pihak Zaftrad Production. Mesyuarat ini diadakan kerana pihak SCIMPA dan Zaftrad Production ingin menjalankan pencapaian persetujuan antara satu sama lain. Saya telah menghadiri mesyuarat tersebut. Dengan adanya mesyuarat ini, pihak SCIMPA dapat merancang sesuatu yang baik kerana kedua pihak dapat berkongsi idea dan pendapat untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik. Malah ia juga dapat menjalinkan hubungan antara dua pihak pada masa yang akan datang. Mesyuarat ini diadakan di bilik mesyuarat di pejabat SCIMPA.




Mesyuarat Bersama Zaftrad Production




Gambar Lawatan Sekitar SCIMPA

PERSIAPAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 60

Pada 14/8/2017, sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-60, saya dan senior saya telah melakukan persiapan. Antara persiapan yang telah saya lakukan ialah dengan memasang bendera Malaysia untuk Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31/8/2017. Terlebih dahulu, saya mengambil bendera daripada staff SCIMPA iaitu Kak Hajar dan Kak Mona. Saya dan senior saya memasang bendera di ruang pejabat yang telah diarahkan. 

Pada mulanya, kami sukar memasang bendera di tempat yang sesuai. Tetapi kami telah berusaha mencari jalan penyelesaian dengan terpaksa menggunakan tangga untuk memasang bendera Malaysia.


Aktiviti Memasang Bendera Dijalankan





 DESIGN POSTER HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60

Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-60, saya telah ditugaskan untuk membuat poster Hari Kemerdekaan yang ke-60 untuk SCIMPA. Saya telah mencari bahan rujukan dan gambar terlebih dahulu di google. Saya telah menggunakan Adobe Illustrator untuk menyiapkan poster ini. Seperti biasa, design saya akan diberi komen terlebih dahulu. Dan alhamdulillah selepas SCIMPA berpuas hati dengan design poster saya ini, saya berjaya menyiapkan tugasan poster ini.



Poster Hari Kemerdekaan  ke-60

PERSIAPAN UNTUK FILEM PENDEK ' HUJAN EMAS '

SCIMPA telah membuat suatu filem pendek sempena menyambut hari kemerdekaan ke-60. Filem pendek ini bertajuk ' Hujan Emas ' Filem ini dibintangi oleh pelakon lelaki yang terkenal iaitu Izzue Islam dan beberapa pelajar SCIMPA. Saya dan senior saya telah terlibat dengan filem pendek ' Hujan Emas ' ini. Kami telah melakukan persiapan terlebih dahulu sebelum shooting dimulakan. Kami telah meminjam kamera P2, DSLR dan Tripod. Kami terpaksa mengambil masa untuk mengambil barang pinjaman kerana kami kena mendapat kebenaran dahulu. Setelah mendapat kebenaran, kami meminjam barang peralatan yang diperlukan. Shooting untuk filem pendek ' Hujan Emas ' ini mengambil masa selama 2 hari untuk shooting. Sebelum itu, kami telah melakukan rehearsel untuk filem ini di bilik green screen.


Bilik Green Screen



Rehearsel di Bilik Green Screen

SHOOTING FILEM PENDEK ' HUJAN EMAS' 

Pada 23/82017, kami telah melakukan shooting untuk filem pendek ' Hujan Emas ' ini. Untuk filem pendek ini, kami telah ditugaskan untuk menjadi handyman dan pelakon tambahan. Sebagai handyman, kami telah menyiapkan segala persiapan sebelum aktiviti shooting bermula. Kami turut menyediakan makanan dan minuman kepada pengarah, krew yang terlibat dan pelakon. Ini merupakan pengalaman yang pertama bagi kami sebagai handyman kerana sebelum ini kami tidak ada pengalaman menjadi handyman di mana mana tempat. Kami juga mendapat tunjuk ajar dari Encik Nasar dan Abang Farid yang banyak membantu kami sepanjang menjadi handyman dalam menjayakan filem pendek ' Hujan Emas ' ini. 



Aktiviti shooting dilakukan


Kelihatan jurukamera sedang merakam di set 


Gambar bersama Izzue Islam



Filem Pendek " Hujan Emas " UUM

CASTING CALL DAN TAKLIMAT VIDEO PSA DENGGI UUM

Pada 21/8/2017, saya telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam video PSA Denggi UUM oleh pikhaak Unifilm Studio. Sebelum itu, saya telah pergi ke Unifilm untuk mendengar taklimat di sana. Pihak Unifilm Studio membuat casting call terlebih dahulu untuk video PSA Denggi UUM ini. Saya telah diedarkan skrip untuk memahami jalan cerita video PSA Denggi UUM ini. Semasa casting call, saya tepaksa memberikan lakonan yang terbaik untuk memenuhi syarat Unifilm Studio. Pada mulanya, saya agak berdebar semasa casting call tetapi tanpa rasa malu saya memberikan komitmen yang terbaik. 


Skrip Video PSA Denggi UUM


Taklimat di Unifilm Studio

SHOOTING VIDEO PSA DENGGI UUM

Unifilm telah melakukan shooting pada keesokan harinya. Saya telah pergi ke tasik UUM iaitu tempat di mana kami melakonkan shooting pada pukul 8.30 pagi. Sebaik saja saya sampai, saya diedarkan makanan dan minuman sebelum aktiviti shooting dilakukan. Selepas selesai semuanya, kami telah berlakon mengikut skrip yang ditetapkan. Semasa shooting, pihak Unifilm Studio telah menggunakan peralatan seperti kamera dslr, tripod, lighting dan juga drone. Semasa shooting, pelbagai halangan yang kami hadapi sepertinya terpaksa menunggu cuaca yang sesuai. Sebaik cuaca elok shooting telah dijalankan semula. Shooting untuk video PSA Denggi UUM ini dishooting selama 2 hari. Saya berasa gembira dapat berlakon dalam video PSA Denggi UUM ini. 


Gambar ketika shooting dilakukan


Van produksi Unifilm Studio








Video PSA Denggi UUM

DESIGN POSTER  SELAMAT DATANG STAFF BARU SCIMPA

SCIMPA telah menerima staff baru dari unit comercial UUM. Saya telah ditugaskan untuk membuat poster sempena kedatangan staff baru ke SCIMPA. Sebelum itu, saya telah mencari bahan seperti gambar staff di word 2013. Saya juga mencari bahan design di google. Saya menggunakan design yang sesuai untuk poster ini. Saya membuat design poster ini di Adobe Illustrator. Seperti biasa, design saya akan diberikan komen terlebih dahulu. Selepas berpuas hati, akhirnya saya dapat menyiapkan poster selamat datang staff baru ke SCIMPA ini dengan jayanya.


Poster Selamat Datang Staff Baru ke SCIMPA

PERSIAPAN DAN REHEARSEL PROGRAM APREASASI SENI 
TOKOH SENI BUDAYA NEGERI

SCIMPA telah mengadakan suatu program iaitu Program Apreasasi Seni Tokoh Seni Budaya Negeri. Program ini dibintangi oleh sasterawan negeri Kedah. Sasterawan tersebut ialah Puzi Hadi. Untuk program ini saya telah ditugaskan menjadi jurugambar. Program ini berlangsung pada 19/9/2017.di Dewan Seminar SMMTC. Sebelum program ini diadakan, kami terlebih dahulu telah melakukan persiapan dan rehearsel. Kami menunggu pensyarah sebelum melakukan rehearsel program ini. Kami membuat rehearsel sebaik saja pensyarah datang. Kami membuat rehearsel ini di Dewan Seminar SMMTC. Semasa rehearsel, kami menggunakan kamera dslr, tripod dan P2. 






Rehearsel di Dewan Seminar SMMTC


Puzi Hadi ketika rehearsel di Dewan Seminar SMMTC


Sekumpulan ahli muzik ketika rehearsel

PROGRAM APREASASI SENI TOKOH SENI BUDAYA NEGERI

Pada 19/9/2017, untuk Program Apreasasi Seni Tokoh Seni Budaya Negeri ini saya telah menjadi jurugambar untuk program tersebut. Pendaftaran telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Saya mengambil beberapa gambar semasa pendaftaran dijalankan di luar Dewan Seminar SMMTC. Tetamu terhormat telah tiba pada pukul 9.00 pagi. Untuk program ini, Dr Hisham sebagai Dekan SCIMPA telah merasmikan Program Apreasasi Seni Tokoh Budaya Negeri ini. Program ini telah dihadiri oleh pihak JKKN Kedah, sasterawan negeri Kedah iaitu Puzi Hadi, pensyarah-pensyarah SCIMPA dan pelajar SCIMPA, pelajar ASASI dan pelajar praktikum dari UUM DAN KUIM. 

Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya, bacaan puisi oleh sasterawan negeri Kedah, Puzi Hadi. Selaku jurugambar untuk program tersebut, saya telah menangkap gambar sepanjang program tersebut berlangsung sehingga lah selesai. Saya juga merekod beberapa video pendek. Program ini tamat pada pukul 1 tengah hari. Kami juga telah disediakan makan tengah hari pada pukul 1.30 tengah hari. Pelbagai pengalaman yang saya dapat sebagai jurugambar sepanjang program tersebut berlangsung


Pendaftaran Program


Temu Bual bersama pelajar BCIM SCIMPA


Gelagat pelajar SCIMPA ketika program




Persembahan JKNN Kedah di Dewan Seminar SMMTC




Puzi Hadi ketika berpuisi


Dr Hisham bersama Puzi Hadi

SHOWREEL SCIMPA 2017

Ditugaskan untuk membuat showreel SCIMPA 2017. Tugasan ini diberikan oleh Dr. Hisham Bin Zainal Abidin (Dekan SCIMPA). Showreel ini bertujuan untuk mempromosi SCIMPA kepada BDB Kedah Holding. Menyunting menggunakan Adobe After Effect. Sebelum itu, kami mencari banan di Youtube SCIMPA. 


Showreel SCIMPA 2017

SHOOTING ' KELUARGA KAMIL '

Pada 27/9/2017, Artsri United Production telah membuat pengambaraan drama ' Keluarga Kamil '. Drama ini akan dikeluarkan oleh RTM. Saya dan beberapa senior telah menjadi pelakon tambahan untuk drama ' Keluarga Kamil ' ini. Kami mendapat arahan daripada Kak Ella iaitu pengurusan pelakon untuk menjadi pelakon tambahan. Saya dan beberapa senior tidak melepas peluang ini dan akhirnya kami menerima tawaran untuk berlakon sebagai pelakon tambahan. Kak Ella telah memberi arahan untuk membawa baju kemeja, seluar panjang dan juga beg galas. 

Sebelum pengambaraan bermula, kami telah disediakan makanan dan minuman pada pukul 9.00 pagi. Kami terpaksa menunggu terlebih dahulu krew-krew production sebelum pengambaraan bermula. Kami telah berlakon mengikut arahan pembantu pengarah. Pengambaraan dilakukan di perpustakaan Bahiyah UUM. Kami juga telah disediakan makanan tengah hari oleh handyman mereka. Pengambaraan ini berlaku selama 2 hari. Setelah tamat pengambaraan kami telah diberi bayaran oleh Kak Ella sebagai upah kami sebagai pelakon tambahan mereka. Kami berasa gembira kerana mendapat tawaran untuk berlakon. Ini merupakan pengalaman untuk kami sebagai pelakon tambahan.


Aktiviti shooting dilakukan


Pengarah melihat monitor di tempat shooting




Resit Bayaran 

THEATRE MENUNGGU LAMPU HIJAU 

Pada 4/10/2017, SCIMPA telah membuat monodrama yang bertajuk ' Menunggu Lampu Hijau '. Monodrama ini telah dipersembahkan oleh ASWARA MALAYSIA. Ini merupakan kerjasama di antara SCIMPA dan ASWARA MALAYSIA. Monodrama ini merupakan karya dan arahan Profesor Dr. Hatta Azad Khan. Monodrama ' Menunggu Lampu Hijau ' ini dilakonkan oleh Sharul Mizad yang merupakan pelajar dari ASWARA MALAYSIA. Monodrama ini ditempatkan Dewan Budi Siswa, PBS. Masa monodrama ini ialah pada pukul 3.00 petang sehingga 8.30 malam. Ini kerana monodrama ini mempunyai 2 sesi iaitu sebelah petang dan sebelah malam.

Saya dan senior saya telah ditugaskan untuk merekod video monodrama ini. Sebelum merekod video, kami telah meminjam terlebih dahulu peralatan seperti kamera dslr, tripod dan juga webcam. Kami merekod monodrama pada sesi 2 iaitu sebelah malam. Monodrama ini mnyediakan tiket kepada sesiapa yang ingin menonton monodrama ini iaitu RM5 (Pelajar) dan RM10 (Staf). Ramai orang yang hadir pada malam theatre itu.


Poster Menunggu Lampu Hijau




Sekitar gambar di Dewan Budi Siswa, PBS

PROPOSAL PITCHING IDEA BCIM SCIMPA

Pada 3/10/2017, saya telah ditugaskan menjadi jurumgambar untuk proposal pitching idea BCIM SCIMPA. Proposal pitching idea ini telah diadakan di BTA 1, BTA 2 dan BTA 3. Proposal pitching idea ini adalah suatu program di mana setiap pelajar BCIM SCIMPA perlu membentangkan idea mereka untuk projek akhir mereka kepada pensyarah. Proposal pitching idea ini dibahagikan kepada 3 slot iaitu filem, muzik dan animasi. 

Sebelum itu, saya telebih dahulu telah meminjam barang seperti kamera dslr dan juga flash. Proposal pitching idea ini diadakan pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 tengah hari. Saya telah mengambil gambar pelajar dan juga pensyarah sepanjang program ini berlangsung. Saya mendapat pengalaman yang berguna sepanjang menjadi jurugambar untuk proposal pitching idea BCIM SCIMPA ini.





Antara barang yang digunakan


Kelihatan pelajar BCIM SCIMPA yang hadir


Kelihatan pensyarah di BTA1




Suasana ketika proposal pitching idea 

PROGRAM MUHIBAH SENI SINTOK-SOLO

SCIMPA telah mengadakan sebuah program " Muhibah Seni Sintok-Solo ". Program ini merupakan kerjasama antara UUM dan UNS. Program ini telah berlangsung pada 8-9 Oktober 2017. Program telah berlangsung selama 2 hari. Program ' Muhibah Seni Sintok-Solo ini diadakan Dewan Seminar SMMTC dan Pusat Budaya Dan Seni (PBS). Ini merupakan kerjasama antara 2 universiti iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sebelas Maret (USM).  

Pada 8/10/207, saya telah menjadi jurugambar untuk program " Muhibah Seni Sintok-Solo ". Sebelum itu, saya menjalani rehearsel terlebih dahulu di Dewan Seminar SMMTC. Semasa program, saya menunggu dahulu tetamu tiba di Dewan Seminar SMMTC. Saya telah mengambil gambar program tersebut sehingga selesai. Saya menggunakan kamera Canon Mark III dan juga Flash. Tetapi sepanjang program berlangsung, saya kena mengambil gambar secara dekat kerana kamera tidk mempunyai lens. Saya mencari jalan penyelesaian dengan mengambil gambar secara dekat. Saya juga menggunakan flash pada program tersebut.

Poster Muhibah Seni Sintok-Solo






Persembahan dari Universiti Sebelas Maret (USM)




Dr Hisham Zainal Abidin ketika berucap 

Pada 9/10/2017, pada hari kedua program "Muhibah Seni Sintok-Solo" telah mengadakan bengkel oleh pihak Universiti Sebelas Maret (USM). Bengkel ini diadakan di Dewan Seminar SMMTC. Sebelum bengkel dimulakan, pendaftaran peserta telah diadakan terlebih dahulu pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 9.00 pagi. Kudapan juga telah disediakan kepada semua peserta dan juga tetamu yang hadir di program tersebut. Bengkel ini telah diadakan 2 sesi iaitu bengkel 1 dan bengkel 2. bengkel ini diadakan untuk menerangkan seni budaya Indonesia Tembang Jawa dan Karawitan. Makanan juga telah disediakan kepada semua peserta dan tetamu pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.00 petang. Saya sekali lagi telah ditugaskan oleh SCIMPA menjadi jurugambar untuk program "Muhibah Seni Sintok-Solo" ini. 

Manakala pada pukul 2.00 petang, latihan persembahan di PBS oleh Universiti Sebelah Maret (USM) telah diadakan di PBS. Ini kerana persembahan di PBS oleh Universiti Sebelas Maret (USM) akan diadakan pada pukul 8.00 malam. Pada persembahan tersebut ramai orang yang hadir untuk menyaksikan persembahan tersebut di PBS. Saya telah menjadi jurugambar untuk persembahan tersebut. Sebelum itu, saya mengalami masalah untuk mencari posisi yang sesuai kerana kamera tidak mempunyai lens yang cukup untuk memudahkan saya mengambil gambar. Tetapi alhamdulillah saya berjaya mencari jalan penyelesaian dan dapat mengambil gambar sepanjang persembahan berjalan. Ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna untuk saya dalam menyertai sesuatu program.


Peserta yang hadir di program tersebut


Antara tetamu yang hadir 


Penyampai cendarahati oleh Dr. Hisham Bin Zainal Abidin (Dekan SCIMPA)


Gelagat persembahan dari PBS



 



Persembahan oleh PBS

MEMBUAT POSTER SEMPENA HARI DEEPAVALI 2017

Saya telah menerima arahan daripada Dr. Hisham Bin Zainal Abidin (Dekan SCIMPA) untuk membuat poster sempena Hari Deepavali 2017. Terlebih dahulu, saya telah melihat contoh-contoh poster Deepavali di google. Setelah menjumpai contoh poster yang sesuai, saya membuat poster menggunakan Adobe Illustrator. Sepanjang saya membuat poster, saya sukar mencari design yang sesuai dan saya telah berusaha mencari design yang sesuai dengan Hari Deepavali ini. Saya juga sukar mencari tulisan dan pemilihan warna. Saya juga meminta pendapat senior-senior untuk pemilihan warna yang sesuai dengan poster. Selepas selesai membuat poster, saya telah menunjukkan poster kepada Dr. Hisham Bin Zainal Abidin (Dekan SCIMPA). Dan alhamdulillah poster saya telah diterima dengan baik.


Poster 1


Poster 2

MEMASANG GREEN SCREEN DI ANJUNG TAMU (UUM)

Pada 17/10/2017, saya telah mengikuti Encik Fitri iaitu pensyarah SCIMPA untuk memasang green screen di Anjung Tamu (UUM). Pemasangan green screen ini adalah sebagai persiapan untuk Hari Konvekesyen UUM yang akan diadakan pada bulan 11. Saya telah mengambil barangdi bilik green screen seperti lighting, tripod dan barangan green screen. Sebaik sampai di Anjung Tamu (UUM), kami telah melihat ruang yang sesuai iuntuk memasang green screen. kami telah memasang green screen di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Anjung Tamu. Sebelum itu, kami mengalami masalah memasang green screen. Ini kerana ruang yang sempit menyukarkan aktiviti pemasangan green screen dilakukan. Kami juga mengalami masalah lighting yang tidak mencukupi. Tanpa berputus asa, kami telah mencari jalan penyelesaian dengan alternatif. Dan kami berjaya memasang green screen di Anjung Tamu (UUM).









Barangan yang dibawa ke Anjung Tamu (UUM)


Green Screen di Anjung Tamu (UUM)


MENJALANI SHOOTING PROJEK AKHIR SENIOR 

Pada 18/10/2017, saya telah membantu senior menjalani shooting projek akhir mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebelum menjalani shooting, kami membuat skrip untuk video PSA. Video PSA mereka bertajuk " SAMPAH ". Kami telah meminjam peralatan di Unifilm Studio .Shooting ini telah dilakukan di sekitar kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM). Sebelum itu, kami telah mengalami masalah untuk meminjam peralatan. Kami telah berusaha dan meminjam peralatan dan alhamdulillah kami telah berjaya meminjam peralatan dari Unifilm Studio. Kami telah meminjam peralatan seperti kamera DSLR, tripod, lighting, shotgun dan juga slider. shooting ini diadakan selama 2 hari. Saya telah menjadi pelakon utama untuk video PSA mereka. Dan alhamdulillah atas kerjasama yang diberikan oleh semua orang, video PSA projek akhir ini berjaya dilakukan.








PROGRAM SIGGC 2017

Pada 31/10/2017, saya telah menyertai program SIGGC 2017. Program ini diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. Program ini merupakan terbuka kepada semua orang. Saya telah menyertai program ini bersama senior saya. Kami boleh menyertai program SIGGC 2017 ini kerana atas tawaran Encik Fitri yang mengalakkan kami untuk menyertai program ini. Program ini telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi. Sebelum itu, kami telah mendaftar nama di kaunter pendaftaran. Sebaik sahaja selesai mendaftar, kami telah mengemas peralatan sebagai persiapan program. Sepanjang program berlangsung kami telah membentangkan permainan kami iaitu "Pan Pet" kepada juri dan orang ramai yang hadir.

Program ini tamat pada pukul 4.00 petang. Acara penyampaian hadiah telah diadakan untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. Dan alhamdulillah kami telah berjaya meraih pingat emas untuk program SIGGC 2017 ini. Kami sangat gembira dengan kejayaan ini dan ini merupakan kenangan manis buat kami semua.




Poster SIGGC 2017






Kelihatan booth Pan Pet di Program SIGGC 2017




Ketika penyampaian sijil dan hadiah


Pingat Emas SIGGC 2017